Thursday 28 July 2016

produk kraftangan digayakan.


Barang kraftangan dan pakaian tradisional orang ulu digayakan.

Pakaian tradisional orang ulu ini boleh digayakan oleh sesiapa sahaja tanpa mengira tua mahupun tua. Pakaian tradisional ini sangat unik dan sangat sesuai digunakan dalam apa-apa sahaja majlis. Selain daripada reka bentuk yang menarik dan unik, pakaian ini juga sangat digemari oleh artis-artis tanah melayu, artis tempatan dan juga para pelancong yang datang melancong ke negeri Sarawak. Kain pua kumbu ini juga ada dijadikan sebagai dompet, beg tangan dan sebagainya.












































BELILAH PRODUK JENAMA TEMPATAN. :) 















design dress pua kumbu orang ulu dan cara membuat buah rantai kabo


REKA BENTUK GAUN PUA KUMBU
 Pua kumbu merupakan pakaian tradisional kaum iban. Kain pua kumbu ini telah dimodenkan dengan menjadikannya pelbagai jenis reka bentuk. Antara reka bentuk yang telah dihasilkan ialah gaun pua kumbu, skirt, beg dan sebagainya. Tenunan kain pua atau dikenali juga sebagai tenunan ikat adalah seni tenunan yang dihasilkan oleh wanita Iban di Sarawak. Ia adalah hasil tenunan daripada benang kapas yang ditenun menggunakan ‘Kek Iban’. Pua Kumbu pula merupakan salah satu jenis kain pua yang popular di kalangan masyarakat Sarawak. Kain tenunan ini bewarna kemerah-merahan atau coklat tua. Rekacorak yang biasanya digunakan ialah anak kunci, lengkar, rombus atau batu berlian dan panjang kain pua ini lebih kurang 40 hingga 50 cm. Rekacorak ini dipercayai dari pengaruh kebudayaan Annam (Vietnam) dalam abad ke-17 sebelum Masihi. Antara gambar reka bentuk gaun pua ialah seperti dibawah.



















































Cara membuat buah rantai kabo